Jumaat, 12 September 2014

Wakalah

Wakalah menurut istilah ialah seseorang  menyerahkan apa yang ada padanya kepada seseorang yang boleh menjadi pegantinya dengan lafaz tertentu agar wakilnya itu menguruskan semasa hidupnya dimana orang yang diwakilkan itu layak menguruskannya.

Hukum-harus dari segi syarak  tetapi berubah mengikut tujuan yang dilakukan.
1)  sunat. Hukum wakalah menjadi sunat jika seseorang itu menjadi wakil untuk perkara yang sunat.
2) makruh. Hukum wakalah  menjadi makruh jika melakukannya atas atas dasar makruh.
3.)haram. Hukum wakalah menjadi haram jika ia menjadi wakil untuk urusan yang haram.
4.)Wajib. H W menjadi wajib jika ia menjadi wakil untuk menolong orang yang sangat berhJat kepada sesuatu barangan atau pertolongan dan orang tersebut tidak mampu melakukannya sendiri, contohnya menolong orang membeli barang yang mana orang itu tidak mampu melakukannya sendiri.

Rukun W-
1- Orang memberi wakil bebas Bertindak  iaitu tidak sah jika orang yang menjadi wakil itu terpaksa disebabkan sesuatu perkara.
2-Orang menerima wakil mestilah waras iaitu mampu berfikir secara Rasional ketika hendak mewakilkan sesuatu urusan.
3- Perkara yang diwakilkan  itu mestilah bersifat  dapat menerima peganti atau memang boleh diwakilkan ketikan ia sedang berwakil.contohnya contohnya tidak sah wakilkan kepada orang lain ibadat khusus seperti solat fardhu..
4) sighah ialah lafaz ijab dan kabul. Dimana ijab mestilah daripada orang yang memberi wakil dan qabul ialah kesediaan dan kesudiaan orang yang menerima wakil.

TERBATALNYA WAKALAH APABILA WUJUD SALAH SATU PERKARA  BERIKUT:
1!Mati salah seorang atau tidak waras
2! Kerja yang diwakilkan itu telah selesai ditunaikan.
3! Menarik salah seorang daripada mereka
4! Orang yang diwakilkan itu tidak mahu menerima amanah.
5! Orang yang mdwakilkan telah membuT keputusan lain secara sendirian, sedangkan orang yang diwakilkan  tidak mengetahuinya.

HIKMAT WAKALAH

A- manusia ada yang tidak mampu melaksanakan urusan sendiri , oleh itu iA boleh mewakilkan kepada orang lain bagi pihaknya.
B-wujud saling bantu membantu ke arah kebaikan
C-mewujudkan sifat amanah terhap perkara yang diamanahkan oleh orang lain.
D-wujudnya sikap tanggungjawab